Sunday, September 1, 2013

ijab dan qabul

kita itu larian yang panjang;
terus terusan.
bukan akhiran yang mati di ranjang.

Wednesday, May 15, 2013

harapan itu yang bagaimana

Seperti kau yang mendongak pada biru langit dengan bisik,
"Diam diam ya. Jangan muram dulu. Jemuran ibu nun masih membasah."

Aku juga pamit kalau kau juga bisa berbisik begitu,
"Perlahan lahan ya. Tuhan ada. Percaya."

Kalau tidak masakan kau mempertaruh jemuran ibu seawal temu mata dan hari.

Kerana percaya. Bukan?

Thursday, May 9, 2013

dewata

Menulis engkau; aku kehabisan kata.
Kerna kau adalah abjad untuk setiap sabda di kelong akalku.

langit hati

Melastik bintang.
Gila. Bintang tiada pagi pagi.
Sedang bulan siang pun bertebaran di musim begini, apa lagi bintang yang duduk-nya di hati.
Bintang duduk-nya di hati? Ada kerusi?

Fully furnished.

bayang

Aku nampak kau
berlari dalam hitam
lari
lari
lari


ke penghujung yang kelam.

cinta

andai rindu itu adalah larian di tempat yang sama tapi merentas berjuta juta tahun cahaya (sufian abas);
lalu kau itu adalah udara.
infinit; berkelong di rongga aku hingga diregut Sang Empunya.